Wednesday, December 4, 2013

Martabak Mini

Hari ini agak rajin untuk buat hidangan minum petang. Jenguk punya jengu dalam fridge ada kulit popia. So, terlibtas nak buat martabak mini.
Saya gunakan inti karipap yg lebih buat karipap tempoh hari campur ngan bawang yang diracik halus dan juga dicampurkan dengan dua biji telur. 


Buka kulit popia selapis demi selapis kemudian masukkan inti dan lipat. Kemudian goreng menggunakan minyal yang sedikit.

Martabak Mini

Hari ini agak rajin untuk buat hidangan minum petang. Jenguk punya jengu dalam fridge ada kulit popia. So, terlibtas nak buat martabak mini.
Saya gunakan inti karipap yg lebih buat karipap tempoh hari campur ngan bawang yang diracik halus dan juga dicampurkan dengan dua biji telur. 


Buka kulit popia selapis demi selapis kemudian masukkan inti dan lipat. Kemudian goreng menggunakan minyal yang sedikit.

Thursday, November 28, 2013

Kuih Vadai

Bahan-bahan

500 gram kacang dhal
Sebiji bawang besar
Cili kering 
Daun kari
Sesudu tepung

Cara membuatnya

Kacang dhal direndam selama 2 jam atau sehingga lembut. Selepas itu, blender kacang tersebut dengan pengisar kering.
Potong dan racik bawang merah, gunting lada kering dan juga daun kari. Gaulkan ke dalam kacang dhal yd diblender tadi. Letakkan garam dan sesudu tepung gandum dan bentukkan dan siap untuk di goreng.


Wednesday, November 27, 2013

Cheese Lapis

BAHAN-BAHAN
250 gram cream cheese
150 gram susu pekat manis
290 gram whipping cream
1 sudu besar gelatin dibancuh dengan 50ml air panas(kacau sehingga gelatin larut)
Biskut marie secukupnya(Saya guna biskut marie yg plain,bukan yg kopi)
Filling ikut citarasa masing2(Strawberry,blueberry,oren,etc.....)

CARA MEMBUATNYA
Putar cream cheese dan susu pekat hingga lembut dan gebu
Masukkan whipping cream dan putar sebati
Masukkan bancuhan gelatin dan putar lagi dengan speed perlahan agar semuanya sebati

CARA MELAPIS/MENYUSUN
Sediakan bekas plastik yang comel(cam bekas dadih tu)
Masukkan adunan cheese
Lapiskan biskut marie
Letakkan adunan cheese
Lapiskan dengan filling kesukaan
Letak biskut marie
Akhir sekali lapiskan dengan adunan cheese
Picit sedikit filling di atas sekali dan lorekkan(saya lorek guna adunan cheese yg diwarnakan)
Sejukkan di dalam peti ais(biasa dalam 1 jam dah boleh dimakan.


Puding Jagung

Bahan-bahan
1 cawan tepung kastard
1 cawan jagung manis(jagung dalam tin pun boleh)
3/4 cawan gula pasir
3 cawan air
1 1/2 cawan susu cair

Cara membuatnya
Campurkan tepung kastard,jagung,gula pasir,air dan susu cair
Kacau di atas dapur menggunakan api sederhana,kacau sehingga pekat dan berkilat
Tuang dalam loyang dan sejukkan
Bila dah sejuk barulah dipotong.

 

Snow Cheese Cake

Bahan2;
-100g tepung naik sendiri(blue key)(d ayak)
-60g tepung jagung(d ayak)
-1 sk baking powder(d ayak)
-1 sb ovellet
-100g gule kastor
-4 biji telur
-2 biji kuning telur
-50ml air sejuk dari peti ais
-75g butter cair

Cara2;
-pukul smua telur hingga kembang n bebuih
-Msuk ovellet n gula pukul sebati
-Msuk tepung,tepung jagung n baking powder yg dh d ayak selang seli bersama air sejuk tadi
-akhir sekali msuk butter cair
-Pukul smpai pekat n putih
-Bakar suhu 150°c selame 45 minit(anie kukus jer 30minit api perlahan
-Bile dh msak sejuk kn kek sblm letak topping.

Untuk topping cheese;
-250g cream cheese
-120g susu pekat
### tuk hiasan 1/2 buku cheddar cheese yg dh d parut tuk hiasan

Cara2;
-Pukul cream cheese n susu pekat sehingga sebati
-belah tengah2 kek n letak cream cheese d tengah2 kek n tutup...letak cream cheese d atas kek n parutan cheddar cheese... Hias kan mengikut kreativiti anda.

Roti Pizza Sempoi.

Bahan 
Roti gardenia secukupnya 
Mozarella 
Sos prego 
Sos cili @ sos tomato @ sos black pepper 
Sosej secukupnya 

Cara 
Rebus sosej jap dan tapiskan . Hiris ikut suka Sediakan roti dan sapu sos prego . Letakkan sosej ikut suka bnyak dan letakkan mozarella . Picitkan sos cili @ sos tomato @ black paper sauce 
Tabur cheedar cheese n pancitkan mayonis 
Bakar pd suhu 180'c selama 20min .

Monday, November 25, 2013

Kek sarang semut

resepi kek sarang semut:
250 gm gula
225 ml air
75 gm butter
masak gula hingga larut, masukkan air kacau sebati masukkan butter. ketepikan biar sejuk sikit.
125 gm tepung
2 st baking soda
75 gm susu pekat
4 biji telur

cara:
pukul telur hingga kembang, masukkan susu..perlahankan speed masukkan tepung yg dah diayak bersama b, soda.akhir sekali masukkan air gula..tapis dlm loyang yg dah disapu majerin dan tabur teoung..bakar hingga masak...45 minit. loyang 7" bulaT
 

#drdapurkakanne #resepi roti telur cheese

ROTI TELUR CHEESE
3 biji telur
1/4 cawan susu segar
sedikit serbuk lada hitam
sedikit serbuk lada sulah
sedikit garam
roti secukupnya
beberapa keping slice cheese
CARA..
Pukul telur,masukkan susu segar, lada hitam,lada sulah,dan garam..pukul sebati..
Panaskan kuali dengan api yang kecil masukkan sedikit butter..setelah butter cair masukkan telur tadi.kacau perlahan hingga berketul hingga masak..kemudiansejukkan
Ambil 2 keping roti sapukan butter sebelah saja kemudian letak slice cheese letak telur dan kemudain letak cheese semula.roti yang aada butter sebelah luar
Panggang roti tu diatas kuali hingga garing.
selamat mencuba


Sunday, November 24, 2013

Cuti-cuti @Pangkor

Cuti sekolah dah bermula jadi plan untuk bercuti pun dah mula. Sebagai permulaannya bercuti di Pangkor.

Kami menginap di purnama beach resort. Resort yg ada swimming pool.
Swimming pool yang besar dan seronok untuk berendam.
Anak dara ni kalau berendam memang tak ingat nak naik.
Keadaan bilik yang luas dan selesa. Harga untuk satu hari ialah rm 160. Berbaloi lah dengan biliknya yg sangat besar.
Laut yang luas terbentang. Pada waktu kami disini ialah pada musim hujan. Jadi ombak agak kuat dan menyukarkan untuk mandi.
Ikan bakar fresh. Sangat sedap





Monday, November 11, 2013

Cheese Cake Leleh

Setelah sekian lama asyik melihat dan memandang gambar2 yg dipost oleh kawan2 di fb.. Sambil tengok gambar sambil menelan liur sebab teringin akan kek itu..
Dan hari ini atas sedikit usaha dapat juga merasa kek itu hasil air tangan sendiri.. Kek ini dapat ehsan drp blog rahel. Tq
Di bawah ini disertakan resepi cheese cake leleh berperisa strawberi..

CHEESE CAKE LELEH
Kek:
100g tepung hongkong (kalau takde boleh guna tepung gandum)*
60g tepung jagung*
1 sudu kecil baking powder*
1 sudu besar ovalette
100g gula kastor
4 biji telur
2 biji kuning telur
50ml air sejuk (air dari peti sejuk)
75g mentega cair
 
Cara:
Ayakkan dahulu bahan yang bertanda*
Mixkan semua bahan di atas kecuali mentega cair.Pukul sampai gebu baru masukkan
mentega cair.Sebatikan.
Bakar dalam oven pada suhu 150'C selama 45 minit.
 
Untuk Cream:
250g cream cheese
120g susu pekat manis
50ml UHT Whipping cream
*Mix semua bahan dia tas hingga sebati,adunan ini memang cair
 
Untuk hiasan:
1 buku (250g) cheddar cheese,diparut
 
Cara penyediaan:
Kek yang masak tadi sejukkan dulu kemudian bahagi pada 2 keeping,tuangkan cream cheese
di atas kepingan pertama.Lapiskan dengan kek,tuang semua baki cream cheese tadi.
Parutkan cheddar cheese di atas kek.
 
Sedap sehingga menjilat jari!!!! Sekejap sahaja licin satu bekas...

Tuesday, October 1, 2013

Mengalah bukan kalah.....

Bukan aku kecil hati atau bukan aku terasa hati tapi aku mengambil langkah berjaga-jaga. Aku takut aku akan mengecilkan hati orang, aku takut akan ada insan yang terasa atas tingkahlaku dan tutur kata. Sungguh aku takut saat ini. Aku insan yang lemah. Aku redha dengan ujianMu ya Allah cuma terkadang aku takut menghadapi manusia. Aku takut dengan tutur kata mereka. Sungguh aku akui tahap anakku, aku akui tahap ekonomi ku, aku akui kekurangan ku.. Tapi untuk mendengarnya dari bibir manusia aku takut.. Aku takut aku bersedih, jadi lebih baik aku mengundurkan diri supaya mereka tak nampak aku, supaya mereka tak nampak kelemahan aku, supaya mereka tidak mengejek ku. Aku tidak betah bersama mereka. Perbedaan yg amat ketara. 
Aku pasrah dan redha ya Allah... Aku amat bersyukur dengan nikmatmu.

Monday, September 30, 2013

Cuti2 @ Bagan Lalang

Aku berkursus selama tiga hari di Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang Sepang. Dah namanya kursus kerjalah jawabnya. Kereta pulak masih lagi di bengkel. Jadi pergilah kami dengan menaiki kereta kancil milik kakak iparku.
Sebab malas nak berulang2 hantar dan amik aku, jd my hubby dan puteriku menjadikan sebagai bercuti terus. 
Aku kerja, hubby dan puteri bercuti.. 



Friday, September 13, 2013

Aku dan Kdrama - I Hear Your Voice

Cerita ini agak istimewa walaupun agak sedikit tidak masuk akal. Kebolehan heronya Lee Jong Suk selalu Park Soo Ha dlm cerita ini yang boleh mendengar isi hati semua orang.
Janji untuk melindungi seorng di tepati walaupun hampir 10 tahun mencari utk merealisasikan janjinya.
Percintaan antara 'noona' dan 'donseng' yang sangat membuai perasaan. Saling melengkapi dan melindungi walaupun jarak umur yang berbeza. Sangat romantik. Pastikan menonton.

Tahniah puteriku...

Tiada apa yg diharapkan dr seorg ibu selain kejayaan anaknya walaupun dalam perkara yg kecil sahaja. 
Ibu bangga anakku.. Dulu sewaktu ibu seusiamu.. Ibu tidak berani utk naik ke pentas. Tapi puteriku telah membuktikan dia berani.. Berani utk tampil ke hadapan dan mencuba. Tahniah, puteriku!

Thursday, July 4, 2013

Suprise visit - Melaka : D'Village Resort Melaka

Aku berkursus di sini selama 3 hari. Pergi ke sana dengan menaiki bas. Suamiku menghantar aku sampainle tangga bas. Puteriku dah merembes air mata sedih sebab terpaksa berpisah sementara dengan ibunya.
Hari kedua kursus.. Tiba-tiba ada suprise visit dr suami. Suamiku datang bersama anak aku.
Inilah kolam mandi D'Village Resort. Anak aku kalau bab berendam dialah juara.
Gambar keseluruhan kolam.

Kami meneruskan edisi jalan-jalan kami dikota Melaka pada hari ketiga sama dengan hari aku habis berkursus.
Jalan di Melaka Wonderlands. Mulanya memang nak masuk tapi sebab hari dah petang kami cancel nak masuk sebab takut nanti tak puas main. Kami akan ke sana lagi nanti. Tunggu. Bayaran masuk untuk dewasa RM 28 dan kanak-kanak RM 25. Agak murah dan berbaloi-baloi.

Seterusnya meneruskan perjalanan ke pusat bandar Melaka. Kami ke Menara Taming Sari. Pada mulanya aku tak berasa gayat, tapi pabila dah naik ke atas aku dan tak boleh nak buat apa-apa. Gayat!!!
Sebelum bergerak mmg dapat bergambar sakan. Dah bergerak naik.. Seram sejuk. Opss, lupa nak cakap nak naik Menara Taming Sari ni kena bayar RM 10 untuk dewasa dan RM 5 untuk kanak-kanak.
Pemandangan Melaka dari atas puncak Menara Taming Sari.

Friday, June 28, 2013

Al-Diafah - Arabian Cuisine

Hari ini aku dan rakan-rakan sekerja teringin nak makan arabian. Jadi, kami pun plan lah pergi ke satu kedai arab di Seri Petaling ni..
Mula-mula dan tersalah masuk, pergi masuk kedai yang jual buah kurma. Sekali tuan kedai buah kurma tu cakap restoran di tingkat 1. Macam dia dah biasa. Rasanya mmg ramai org ingat tu restoran tu, bukannya kami sahaja.
First impression,mmh hiasa dalaman kedai ni sangat unik dan bertemakan arabian. Terasa seperti duduk di sana walaupun aku sendiri belum pernah ke sana.
Suasana kedai yang ekslusif dan harga yang berpatutan.

Aku makan nasi diafah dengan ayam barbeque. 

Saturday, June 22, 2013

Tempe goreng

Aku sebenarnya bukan peminat tempe. Ye lah kan, bukan org jawa cuma kahwin jer ngan org Jawa. Jika sebelum ni masakan berasaskan tempe seperti sambal tempe campur kentang dan ikan bilis, lodeh.. Aku tak akan makan pun tempe tu, sanggup pilih-pilih asingkan tempe dan makan benda lain.
Tapi sejak aku merasa tempe goreng cicah sambal kicap terus selera aku berubah. Aku suka makan tempe. Sedap rupanya tempe ni. Terus aku belajar cara membuatnya. 
Mula-mula campurkan tepung, sedikit garam, bawang merah dan bawang putih yang ditumbuk halus, selepas itu masukkan air. Bancuh seperti nak buat pisang goreng. Sudah sebati masukkan sedikit minyak panas. Kemudian, masukkan tempe dan bila minyak sudah panas tempe siap sedia untuk digoreng.
Tak sedap makan tempe goreng tanpa sambal kicap. Jadi, tumbuk cabai kecil dan bawang putih, apabila lumat campurkan gula dan kicap. Gaul dan sedia untuk dicicah. Lagi sedap makan semasa masih panas-panas.

Saturday, June 8, 2013

Aku dan Kdrama- Hong Gil Dong

Pada mulanya aku menonton cerita ini hanya kerana Jang Geun Suk (JGS) sahaja. Selepas aku menonton You're Beautiful, Marry Me Marry dan Beethoven Virus aku terus memburu drama yang dibintangi JGS.
Cerita historical kdrama pertama yang aku tonton. Sejak menontonnya aku jadi terus teruja, rupa-rupanya drama bercorak lebih menarik dengn garapan jalan cerita yang membuatkan kita tertunggu2, perasaan mendalam dan lebih kepada pertimbangan rasional dan lebih banyak memberi pengajaran bukan hanya cerita cinta sahaja.
Walaupun aku sedih kerana JGS bukannya watak utama dalam cerita ini tetapi watak sebagai seorg putera raja yang kesedihan dengan cinta tidak berbalas amat berkesan lakonannya amat meninggalkan kesan yg mendalam. 
Bagi yang meminati kdrama, hong gil dong amatlah sesuai di tonton.. 
Selepas hong gil dong aku terus memburu kdrama bercorak historical.


Jalan-jalan cuti sekolah - Lumut Country Resort

IPada mulanya bercadang untuk bercuti di Pulau Pinang dan sudah pun menempah hotel Sei Malaysia. Balik kampung Selama pada hari Sabtu dan bercadang bercuti pada hari Selasa tetapi, kita hanya mampu merancang dan bukan kita yg menentukannya. 
Percutian ke Penang terpaksa ditangguhkan kerana perlu menghantar adik aku yang baru menjalani pembedahan ke rumahnya di Manjung Perak. Jadi percutian aku pun turut bertukar.
Aku ke Lumut sahaja dengan menginap di Lumut Country Resort. Anak aku ok sahaja di mana-mana asalkan ada kolam atau laut untuk dia mandi dan berendam.
Aku di sana selama 3h 2m. Untuk satu malam ialah RM 140 dan breakfast tidak disediakan. Agak mahal sebenarnya tapi untuk percutian mengejut macam aku ini, itu yang paling sesuai dan ok.
Keadaan biliknya agak selesa dan begitu juga dengan kolamnya yang bersih dan dijaga. Tapi, berhati-hati kolam untuk dewasa agak dalam. 





Jalan-jalan cuti sekolah -Aquaria KLCC

Balik dari kampung pada hari Rabu, badan masih lagi penat, tup-tup pagi tu menerima panggilan daripada kakak iparku mengajar aku dan puteri ke Aquaria KLCC... Lalu, tanpa berfikir panjang terus aku setuju, lantas terus mandi dan bersiap menunggu kedatangan mereka.
Perjalanan kami ke sana dengan menaiki pengangkutan awam bermula menaiki komuter dr Bangi ke KL Sentral, dan menaiki Putra LRT dr KL Sentral ke KLCC.
Sampai di sana dalam sekitar pukul 12.30 pagi. Agak teruja sebenarnya untuk masuk, almaklumlah walaupun sudah lama menjadi warga kota tetapi aku tidak pernah ke tempat2 begitu, jadi keterujaan aku itu melebihi keterujaan anak aku rasanya... Hehehe
Bayaran masuk kalau ambil family package RM99 utk 2dewasa dan 2kanak-kanak dan untuk dewasa harga tanpa package ialah RM 38 dan kanak2 RM 25. 
Menyaksikan pelbagai jenisnikan yg berenang2 di atas kepala kita semasa melalui terowong memberikan satu kepuasan. Jadi, kalau masih terfikir-fikir untuk ke mana.. Aquaria boleh dijadikan sebagai satu destinasi. 





The Faith aka The Great Doctor

Baru habis menonton kdrama ini. Sangat berbaloi dan benar-benar telah menarik minatku. Rasanya tidak salah minat ku inj yg beralih kepada drama korea bercorak historical ini.
Kdrama ini berkisar tentang percintaan seorang pahlawan Choi Young dan seorang doktor dr zaman sekarang yg telah terperangkap dlm zaman lampau. Sebuah kisah cinta yg penuh dengan pengorbanan, ketulusan dan benar2 membuatkan kita terharu.