Friday, April 20, 2012

Puteriku tembamku

Puteriku semasa 6 bulan.
Ya Allah, sungguh aku rindukan saat bayi puteriku ini. Pengarang jantung hatiku ini. Masih jelas terbayang ketembanannya dan gelak tawanya semasa bayi. Aku masih ingat lagi apabila aku mendukungnya, semua mata seakan terarah dan tertarik padanya. Begitulah tembamnya sekali puteriku ini. Sekarang, apabila aku teringatkan zaman bayinya itu, hanyalah gambar-gambar menjadi peneman hati.
Budak tembam..


Thursday, April 19, 2012

Puteriku dan Chicken Chopnya

Anakku yang seorang itu amat gemar akan makanan ini. Jika ditanya apa menu yang ingin dimakannya untuk dinner pasti di jawabnya 'chicken chop'. Makanan ini aku beli dikedai berhampiran rumah ku. Agak sedap dan sesuai dengan harganya RM 7.90 sepinggan.


Monday, April 16, 2012

Teringin Nak Menulis Semula....


Selepas hampir tiga tahun aku menyepi setelah mendaftar blog ini, entah mengapa sepanjang minggu ini aku terasa sangat teringin untuk menulis semula.
Aku ingin menulis sebuah novel , tetapi kekangan masa membuatkan aku melupakan segala-galanya.. tapi hari ini seperti mendapat semangat baru untuk aku mula menulis.. harap-harap ianya tidak 'hangat-hangat tahi ayam sahaja'.