Saturday, June 8, 2013

Jalan-jalan cuti sekolah - Lumut Country Resort

IPada mulanya bercadang untuk bercuti di Pulau Pinang dan sudah pun menempah hotel Sei Malaysia. Balik kampung Selama pada hari Sabtu dan bercadang bercuti pada hari Selasa tetapi, kita hanya mampu merancang dan bukan kita yg menentukannya. 
Percutian ke Penang terpaksa ditangguhkan kerana perlu menghantar adik aku yang baru menjalani pembedahan ke rumahnya di Manjung Perak. Jadi percutian aku pun turut bertukar.
Aku ke Lumut sahaja dengan menginap di Lumut Country Resort. Anak aku ok sahaja di mana-mana asalkan ada kolam atau laut untuk dia mandi dan berendam.
Aku di sana selama 3h 2m. Untuk satu malam ialah RM 140 dan breakfast tidak disediakan. Agak mahal sebenarnya tapi untuk percutian mengejut macam aku ini, itu yang paling sesuai dan ok.
Keadaan biliknya agak selesa dan begitu juga dengan kolamnya yang bersih dan dijaga. Tapi, berhati-hati kolam untuk dewasa agak dalam. 





No comments:

Post a Comment