Friday, June 28, 2013

Al-Diafah - Arabian Cuisine

Hari ini aku dan rakan-rakan sekerja teringin nak makan arabian. Jadi, kami pun plan lah pergi ke satu kedai arab di Seri Petaling ni..
Mula-mula dan tersalah masuk, pergi masuk kedai yang jual buah kurma. Sekali tuan kedai buah kurma tu cakap restoran di tingkat 1. Macam dia dah biasa. Rasanya mmg ramai org ingat tu restoran tu, bukannya kami sahaja.
First impression,mmh hiasa dalaman kedai ni sangat unik dan bertemakan arabian. Terasa seperti duduk di sana walaupun aku sendiri belum pernah ke sana.
Suasana kedai yang ekslusif dan harga yang berpatutan.

Aku makan nasi diafah dengan ayam barbeque. 

Saturday, June 22, 2013

Tempe goreng

Aku sebenarnya bukan peminat tempe. Ye lah kan, bukan org jawa cuma kahwin jer ngan org Jawa. Jika sebelum ni masakan berasaskan tempe seperti sambal tempe campur kentang dan ikan bilis, lodeh.. Aku tak akan makan pun tempe tu, sanggup pilih-pilih asingkan tempe dan makan benda lain.
Tapi sejak aku merasa tempe goreng cicah sambal kicap terus selera aku berubah. Aku suka makan tempe. Sedap rupanya tempe ni. Terus aku belajar cara membuatnya. 
Mula-mula campurkan tepung, sedikit garam, bawang merah dan bawang putih yang ditumbuk halus, selepas itu masukkan air. Bancuh seperti nak buat pisang goreng. Sudah sebati masukkan sedikit minyak panas. Kemudian, masukkan tempe dan bila minyak sudah panas tempe siap sedia untuk digoreng.
Tak sedap makan tempe goreng tanpa sambal kicap. Jadi, tumbuk cabai kecil dan bawang putih, apabila lumat campurkan gula dan kicap. Gaul dan sedia untuk dicicah. Lagi sedap makan semasa masih panas-panas.

Saturday, June 8, 2013

Aku dan Kdrama- Hong Gil Dong

Pada mulanya aku menonton cerita ini hanya kerana Jang Geun Suk (JGS) sahaja. Selepas aku menonton You're Beautiful, Marry Me Marry dan Beethoven Virus aku terus memburu drama yang dibintangi JGS.
Cerita historical kdrama pertama yang aku tonton. Sejak menontonnya aku jadi terus teruja, rupa-rupanya drama bercorak lebih menarik dengn garapan jalan cerita yang membuatkan kita tertunggu2, perasaan mendalam dan lebih kepada pertimbangan rasional dan lebih banyak memberi pengajaran bukan hanya cerita cinta sahaja.
Walaupun aku sedih kerana JGS bukannya watak utama dalam cerita ini tetapi watak sebagai seorg putera raja yang kesedihan dengan cinta tidak berbalas amat berkesan lakonannya amat meninggalkan kesan yg mendalam. 
Bagi yang meminati kdrama, hong gil dong amatlah sesuai di tonton.. 
Selepas hong gil dong aku terus memburu kdrama bercorak historical.


Jalan-jalan cuti sekolah - Lumut Country Resort

IPada mulanya bercadang untuk bercuti di Pulau Pinang dan sudah pun menempah hotel Sei Malaysia. Balik kampung Selama pada hari Sabtu dan bercadang bercuti pada hari Selasa tetapi, kita hanya mampu merancang dan bukan kita yg menentukannya. 
Percutian ke Penang terpaksa ditangguhkan kerana perlu menghantar adik aku yang baru menjalani pembedahan ke rumahnya di Manjung Perak. Jadi percutian aku pun turut bertukar.
Aku ke Lumut sahaja dengan menginap di Lumut Country Resort. Anak aku ok sahaja di mana-mana asalkan ada kolam atau laut untuk dia mandi dan berendam.
Aku di sana selama 3h 2m. Untuk satu malam ialah RM 140 dan breakfast tidak disediakan. Agak mahal sebenarnya tapi untuk percutian mengejut macam aku ini, itu yang paling sesuai dan ok.
Keadaan biliknya agak selesa dan begitu juga dengan kolamnya yang bersih dan dijaga. Tapi, berhati-hati kolam untuk dewasa agak dalam. 





Jalan-jalan cuti sekolah -Aquaria KLCC

Balik dari kampung pada hari Rabu, badan masih lagi penat, tup-tup pagi tu menerima panggilan daripada kakak iparku mengajar aku dan puteri ke Aquaria KLCC... Lalu, tanpa berfikir panjang terus aku setuju, lantas terus mandi dan bersiap menunggu kedatangan mereka.
Perjalanan kami ke sana dengan menaiki pengangkutan awam bermula menaiki komuter dr Bangi ke KL Sentral, dan menaiki Putra LRT dr KL Sentral ke KLCC.
Sampai di sana dalam sekitar pukul 12.30 pagi. Agak teruja sebenarnya untuk masuk, almaklumlah walaupun sudah lama menjadi warga kota tetapi aku tidak pernah ke tempat2 begitu, jadi keterujaan aku itu melebihi keterujaan anak aku rasanya... Hehehe
Bayaran masuk kalau ambil family package RM99 utk 2dewasa dan 2kanak-kanak dan untuk dewasa harga tanpa package ialah RM 38 dan kanak2 RM 25. 
Menyaksikan pelbagai jenisnikan yg berenang2 di atas kepala kita semasa melalui terowong memberikan satu kepuasan. Jadi, kalau masih terfikir-fikir untuk ke mana.. Aquaria boleh dijadikan sebagai satu destinasi. 





The Faith aka The Great Doctor

Baru habis menonton kdrama ini. Sangat berbaloi dan benar-benar telah menarik minatku. Rasanya tidak salah minat ku inj yg beralih kepada drama korea bercorak historical ini.
Kdrama ini berkisar tentang percintaan seorang pahlawan Choi Young dan seorang doktor dr zaman sekarang yg telah terperangkap dlm zaman lampau. Sebuah kisah cinta yg penuh dengan pengorbanan, ketulusan dan benar2 membuatkan kita terharu.