Tapi sejak aku merasa tempe goreng cicah sambal kicap terus selera aku berubah. Aku suka makan tempe. Sedap rupanya tempe ni. Terus aku belajar cara membuatnya.
Mula-mula campurkan tepung, sedikit garam, bawang merah dan bawang putih yang ditumbuk halus, selepas itu masukkan air. Bancuh seperti nak buat pisang goreng. Sudah sebati masukkan sedikit minyak panas. Kemudian, masukkan tempe dan bila minyak sudah panas tempe siap sedia untuk digoreng.
Tak sedap makan tempe goreng tanpa sambal kicap. Jadi, tumbuk cabai kecil dan bawang putih, apabila lumat campurkan gula dan kicap. Gaul dan sedia untuk dicicah. Lagi sedap makan semasa masih panas-panas.


No comments:
Post a Comment