Monday, November 11, 2013

Cheese Cake Leleh

Setelah sekian lama asyik melihat dan memandang gambar2 yg dipost oleh kawan2 di fb.. Sambil tengok gambar sambil menelan liur sebab teringin akan kek itu..
Dan hari ini atas sedikit usaha dapat juga merasa kek itu hasil air tangan sendiri.. Kek ini dapat ehsan drp blog rahel. Tq
Di bawah ini disertakan resepi cheese cake leleh berperisa strawberi..

CHEESE CAKE LELEH
Kek:
100g tepung hongkong (kalau takde boleh guna tepung gandum)*
60g tepung jagung*
1 sudu kecil baking powder*
1 sudu besar ovalette
100g gula kastor
4 biji telur
2 biji kuning telur
50ml air sejuk (air dari peti sejuk)
75g mentega cair
 
Cara:
Ayakkan dahulu bahan yang bertanda*
Mixkan semua bahan di atas kecuali mentega cair.Pukul sampai gebu baru masukkan
mentega cair.Sebatikan.
Bakar dalam oven pada suhu 150'C selama 45 minit.
 
Untuk Cream:
250g cream cheese
120g susu pekat manis
50ml UHT Whipping cream
*Mix semua bahan dia tas hingga sebati,adunan ini memang cair
 
Untuk hiasan:
1 buku (250g) cheddar cheese,diparut
 
Cara penyediaan:
Kek yang masak tadi sejukkan dulu kemudian bahagi pada 2 keeping,tuangkan cream cheese
di atas kepingan pertama.Lapiskan dengan kek,tuang semua baki cream cheese tadi.
Parutkan cheddar cheese di atas kek.
 
Sedap sehingga menjilat jari!!!! Sekejap sahaja licin satu bekas...

No comments:

Post a Comment