Thursday, November 28, 2013

Kuih Vadai

Bahan-bahan

500 gram kacang dhal
Sebiji bawang besar
Cili kering 
Daun kari
Sesudu tepung

Cara membuatnya

Kacang dhal direndam selama 2 jam atau sehingga lembut. Selepas itu, blender kacang tersebut dengan pengisar kering.
Potong dan racik bawang merah, gunting lada kering dan juga daun kari. Gaulkan ke dalam kacang dhal yd diblender tadi. Letakkan garam dan sesudu tepung gandum dan bentukkan dan siap untuk di goreng.


Wednesday, November 27, 2013

Cheese Lapis

BAHAN-BAHAN
250 gram cream cheese
150 gram susu pekat manis
290 gram whipping cream
1 sudu besar gelatin dibancuh dengan 50ml air panas(kacau sehingga gelatin larut)
Biskut marie secukupnya(Saya guna biskut marie yg plain,bukan yg kopi)
Filling ikut citarasa masing2(Strawberry,blueberry,oren,etc.....)

CARA MEMBUATNYA
Putar cream cheese dan susu pekat hingga lembut dan gebu
Masukkan whipping cream dan putar sebati
Masukkan bancuhan gelatin dan putar lagi dengan speed perlahan agar semuanya sebati

CARA MELAPIS/MENYUSUN
Sediakan bekas plastik yang comel(cam bekas dadih tu)
Masukkan adunan cheese
Lapiskan biskut marie
Letakkan adunan cheese
Lapiskan dengan filling kesukaan
Letak biskut marie
Akhir sekali lapiskan dengan adunan cheese
Picit sedikit filling di atas sekali dan lorekkan(saya lorek guna adunan cheese yg diwarnakan)
Sejukkan di dalam peti ais(biasa dalam 1 jam dah boleh dimakan.


Puding Jagung

Bahan-bahan
1 cawan tepung kastard
1 cawan jagung manis(jagung dalam tin pun boleh)
3/4 cawan gula pasir
3 cawan air
1 1/2 cawan susu cair

Cara membuatnya
Campurkan tepung kastard,jagung,gula pasir,air dan susu cair
Kacau di atas dapur menggunakan api sederhana,kacau sehingga pekat dan berkilat
Tuang dalam loyang dan sejukkan
Bila dah sejuk barulah dipotong.

 

Snow Cheese Cake

Bahan2;
-100g tepung naik sendiri(blue key)(d ayak)
-60g tepung jagung(d ayak)
-1 sk baking powder(d ayak)
-1 sb ovellet
-100g gule kastor
-4 biji telur
-2 biji kuning telur
-50ml air sejuk dari peti ais
-75g butter cair

Cara2;
-pukul smua telur hingga kembang n bebuih
-Msuk ovellet n gula pukul sebati
-Msuk tepung,tepung jagung n baking powder yg dh d ayak selang seli bersama air sejuk tadi
-akhir sekali msuk butter cair
-Pukul smpai pekat n putih
-Bakar suhu 150°c selame 45 minit(anie kukus jer 30minit api perlahan
-Bile dh msak sejuk kn kek sblm letak topping.

Untuk topping cheese;
-250g cream cheese
-120g susu pekat
### tuk hiasan 1/2 buku cheddar cheese yg dh d parut tuk hiasan

Cara2;
-Pukul cream cheese n susu pekat sehingga sebati
-belah tengah2 kek n letak cream cheese d tengah2 kek n tutup...letak cream cheese d atas kek n parutan cheddar cheese... Hias kan mengikut kreativiti anda.

Roti Pizza Sempoi.

Bahan 
Roti gardenia secukupnya 
Mozarella 
Sos prego 
Sos cili @ sos tomato @ sos black pepper 
Sosej secukupnya 

Cara 
Rebus sosej jap dan tapiskan . Hiris ikut suka Sediakan roti dan sapu sos prego . Letakkan sosej ikut suka bnyak dan letakkan mozarella . Picitkan sos cili @ sos tomato @ black paper sauce 
Tabur cheedar cheese n pancitkan mayonis 
Bakar pd suhu 180'c selama 20min .

Monday, November 25, 2013

Kek sarang semut

resepi kek sarang semut:
250 gm gula
225 ml air
75 gm butter
masak gula hingga larut, masukkan air kacau sebati masukkan butter. ketepikan biar sejuk sikit.
125 gm tepung
2 st baking soda
75 gm susu pekat
4 biji telur

cara:
pukul telur hingga kembang, masukkan susu..perlahankan speed masukkan tepung yg dah diayak bersama b, soda.akhir sekali masukkan air gula..tapis dlm loyang yg dah disapu majerin dan tabur teoung..bakar hingga masak...45 minit. loyang 7" bulaT
 

#drdapurkakanne #resepi roti telur cheese

ROTI TELUR CHEESE
3 biji telur
1/4 cawan susu segar
sedikit serbuk lada hitam
sedikit serbuk lada sulah
sedikit garam
roti secukupnya
beberapa keping slice cheese
CARA..
Pukul telur,masukkan susu segar, lada hitam,lada sulah,dan garam..pukul sebati..
Panaskan kuali dengan api yang kecil masukkan sedikit butter..setelah butter cair masukkan telur tadi.kacau perlahan hingga berketul hingga masak..kemudiansejukkan
Ambil 2 keping roti sapukan butter sebelah saja kemudian letak slice cheese letak telur dan kemudain letak cheese semula.roti yang aada butter sebelah luar
Panggang roti tu diatas kuali hingga garing.
selamat mencuba


Sunday, November 24, 2013

Cuti-cuti @Pangkor

Cuti sekolah dah bermula jadi plan untuk bercuti pun dah mula. Sebagai permulaannya bercuti di Pangkor.

Kami menginap di purnama beach resort. Resort yg ada swimming pool.
Swimming pool yang besar dan seronok untuk berendam.
Anak dara ni kalau berendam memang tak ingat nak naik.
Keadaan bilik yang luas dan selesa. Harga untuk satu hari ialah rm 160. Berbaloi lah dengan biliknya yg sangat besar.
Laut yang luas terbentang. Pada waktu kami disini ialah pada musim hujan. Jadi ombak agak kuat dan menyukarkan untuk mandi.
Ikan bakar fresh. Sangat sedap





Monday, November 11, 2013

Cheese Cake Leleh

Setelah sekian lama asyik melihat dan memandang gambar2 yg dipost oleh kawan2 di fb.. Sambil tengok gambar sambil menelan liur sebab teringin akan kek itu..
Dan hari ini atas sedikit usaha dapat juga merasa kek itu hasil air tangan sendiri.. Kek ini dapat ehsan drp blog rahel. Tq
Di bawah ini disertakan resepi cheese cake leleh berperisa strawberi..

CHEESE CAKE LELEH
Kek:
100g tepung hongkong (kalau takde boleh guna tepung gandum)*
60g tepung jagung*
1 sudu kecil baking powder*
1 sudu besar ovalette
100g gula kastor
4 biji telur
2 biji kuning telur
50ml air sejuk (air dari peti sejuk)
75g mentega cair
 
Cara:
Ayakkan dahulu bahan yang bertanda*
Mixkan semua bahan di atas kecuali mentega cair.Pukul sampai gebu baru masukkan
mentega cair.Sebatikan.
Bakar dalam oven pada suhu 150'C selama 45 minit.
 
Untuk Cream:
250g cream cheese
120g susu pekat manis
50ml UHT Whipping cream
*Mix semua bahan dia tas hingga sebati,adunan ini memang cair
 
Untuk hiasan:
1 buku (250g) cheddar cheese,diparut
 
Cara penyediaan:
Kek yang masak tadi sejukkan dulu kemudian bahagi pada 2 keeping,tuangkan cream cheese
di atas kepingan pertama.Lapiskan dengan kek,tuang semua baki cream cheese tadi.
Parutkan cheddar cheese di atas kek.
 
Sedap sehingga menjilat jari!!!! Sekejap sahaja licin satu bekas...